24 August 2014

Rita Rudaini Mengamuk dan Naik Angin?

Status ibu tunggal yang dipegang Rita Rudaini bukan penghalang untuk dia berhenti dari dunia seni. Malahan rezeki yang diperolehnya semakin bertambah dan anak-anaknya juga sangat gembira bersama ibu mereka. Walaupun isu nafkah masih belum selesai, namun Rita tetap tabah dan cekal mencari rezeki.

Baru-baru ini Rita telah meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap perkhidmatan internet di rumahnya. Ini kerana signal wifi hanya terhad di tingkat bawah dan tidak menyeluruh hingga ke tingkat 2. Luahan hati di laman Instagram tersebut telah menarik perhatian pihak TM dan keesokan harinya terus wakil TM datang dan menyelesaikan masalah tersebut.

Kalau orang biasa yang laporkan, seminggu dua la jawabnya baru masalah tersebut selesai. Untung Rita. Lawa, body solid, murah rezeki, ramai peminat. Sebelum ni Nora Danish pun ada luahkan kemarahan di Instagram, sepantas kilat jugaklah masalah tersebut diselesaikan. 

Inilah kelebihan seorang artis popular. Suara dan luahan mereka mudah didengar. 



No comments:

Post a Comment