24 August 2014

Cara Membeli Smartphone Yang Dijamin Original dan Harga Berpatutan

Smartphone atau telefon pintar sudah dianggap benda wajib ada bagi generasi masa kini. Malahan kanak-kanak umur 4 tahun pun sudah ada gadget mereka sendiri tak kiralah telefon pintar atau tablet.

Tapi pasti ada dikalangan kita pernah ditipu atau diperdaya sewaktu membeli gajet ini. Terutama ketika pertama kali membelinya. Memang kita dapat beli dan miliki smartphone itu tapi pernah tak kita terfikir yang harga itu sesuai dengan smartphone tersebut. Atau mungkin tokey kedai tu mark-up harga terlalu tinggi.

Bagi yang berhati-hati mungkin mereka dah survey dulu beberapa kedai. Mungkin juga mereka dan buat pembacaan di internet. Disini aku nak kongsi cara aku beli smartphone. Aku pun pernah ditipu, pernah kena beli aksesori mengarut. Sebab itu aku nak kongsi supaya korang tak terkena perkara yang sama.

1. Aku akan buat kajian di internet terlebih dahulu. Gajet apa yang aku nak beli dan berapa harga pasaran. Aku akan pastikan apa spesifikasi dan kelebihan gajet tu. Jadi bila nak beli, aku boleh pastikan 'originality' gajet itu. Untuk check spesifikasi korang boleh tengok di GSMArena ataupun PhoneArena. Dua website ni untuk pilih dan tengok spesifikasi gajet yang korang minat.

2. Tengok harga pasaran terlebih dulu. Ni untuk elakkan korang terlebih bayar. Atau bahasa mudahnya kena tipu, kena kencing. Basah dan hancing. Okay untuk harga pasaran aku syorkan korang tengok kedai online yang trusted. Mereka ada senarai gajet dan harga terkini. Contohnya SatuGadget dan DirectD. Nak beli dekat sini pun boleh sebab 2 kedai ni jual pada harga yang boleh dikatakan lebih murah berbanding kedai lain. Eloknya pergi sendiri kedai tersebut, tak digalakkan beli online. 

3. Kalau aku nak beli smartphone biasanya aku akan beli yang 2nd hand. Sebab? Sebab diyakini original dan harga jauh lagi murah. Aku biasanya akan beli telefon 2nd hand yang usia kurang 3 bulan sebab masih baru dan risiko rosak itu kurang. Harga biasanya jauh lagi murah. Pastinya aku akan beli secara COD, bukan bank-in duit ke apa. Aku akan call seller tu, jumpa dia, belek check phone tu, kalau puas hati baru aku bayar. Tak pernah lagi aku bank-in untuk beli gajet. Ramai scammer sekarang ni. Nak cari phone 2nd hand yang terbaik, pergi je Mudah.my

Tiga itu sahaja tips dan cara yang mampu aku kongsikan. Smartphone aku dah pakai setakat ni ialah iPhone 4, Xperia ZL, Galaxy S4 dan sekarang ni HTC One M7. Semua tu aku beli dari Mudah.my kecuali iPhone 4. iPhone tu aku beli dekat kedai, kaw-kaw tokey Cina tu mark-up harga. Elok boleh beli RM900, sampai RM1300 dia tekan. Itu rasanya last aku beli dekat kedai.

Okay selamat berjual-beli. Jangan kena kencing nanti basah, hancing. Kahkahkah

No comments:

Post a Comment