03 November 2015

Darah Panas (2015) Full Movie & Download



Filem ini mengisahkan seorang gadis bernama Syahana. Dia merupakan seorang gadis yang berpegang kuat kepada agama, namun pada masa yang sama dia bercita-cita untuk menjadi model muslimah akibat terpengaruh dengan video di laman sosial. Bagaimanapun, hasratnya untuk menjadi model ditentang hebat oleh ayah dan abangnya. Berikutan itu dia telah melarikan diri ke Kuala Lumpur dan meminta bantuan Fandi, seorang rakan yang dikenali menerusi laman sosial. Setibanya di Kuala Lumpur, dia telah dibawa ke dunia pelacuran dan disinilah bermulanya episod hitam dalam hidupnya.

Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Nur Fathia, Soffi Jikan, Adam Corrie, Jalaluddin Hassan



02 November 2015

Siap Sedia Hadapi Gangguan Bekalan Air Kepada Penduduk Seremban

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula pukul 10 pagi esok (3 November 2015), berikutan kerja-kerja pengalihan paip.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Norzita Ismail berkata, kerja-kerja pengalihan paip ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.
Antara kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan ialah kawasan Seremban 2 dan S2 Heights, Oakland, Rasah Kemayan, Taman Mantau Indah, Seremban Sentral, Terminal 2, Jalan Labu Batu 1 hingga Batu 4, Taman Bukit Kristal, Taman Jasper Jaya, Taman Galena, Taman Sri Pulasan, Taman Mutiara Galla, Pasar Bukit Kepayang, Kampung Tengah Labu, Kampung Kering Labu, Kampung Pelegong Labu, Kampung Tekir Labu, Rehat dan Rawat Arah Utara dan Selatan.
Gangguan turut melibatkan Taman Permai, Taman Kelisa, dan Taman Duyong.
Norzita berkata, bekalan dijangka pulih secara berperingkat dengan kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.
Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Jwanita (2015) Full Movie & Download

Seorang perempuan bernama Jwanita mengalami masalah mental yang serius akibat kerap didera secara mental dan fizikal oleh ibu bapa angkatnya yang juga merupakan pengamal ilmu hitam. Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu Farhan, iaitu seorang doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu. 

Namun segalanya musnah apabila Jwanita mendapat tahu bahawa Farhan merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan, Jwanita muncul semula bersama dendam yang lama tersimpan.


Polis Evo (2015) Full Movie

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Disebabkan kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, maka dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. 

Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?


26 October 2015

(Gempar) Batu Ini Seakan-akan Menyerupai Gajah








Tajuk mungkin gempak tapi cerita sebenar ialah berkenaan batu besar yang menyerupai kepala gajah telah ditemui di Ireland. Kemungkinan bentuk ini terhasil disebabkan faktor semulajadi iaitu hakisan batu oleh hempasan ombak.