Kini yang terbaru adalah perkhidmatan mandi buih yang dikatakan mampu menarik lebih ramai pelanggan 'hidung belang'. Taktik ini berjaya dikesan oleh pihak penguatkuasa dan serbuan telah dilakukan di beberapa rumah urut yang disyaki menawarkan perkhidmatan mandi buih ini.
Rumah urut tersebut memiliki bilik air yang diletakkan tilam getah dan turut dilengkapi TV LCD beserta beberapa kelengkapan mandi yang mampu menghasilkan buih dengan banyak. TV tersebut kemungkinan besar digunakan untuk menayangkan video lucah. Beberapa pakaian dalam turut ditemui berhampiran bilik air tersebut.
Sewaktu serbuan tersebut dijalankan, ternyata premis tersebut telah dikosongkan lebih awal. Kemungkinan ada pihak yang telah membocorkan maklumat berkenaan serbuan yang akan dilakukan.
Namun begitu, penemuan seperti ini menguatkan spekulasi bahawa kegiatan maksiat semakin berleluasa dan rumah urut sudah dijadikan pusat pelacuran pula. Sumber : MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment