1. Curah sebaldi air mengandungi ais ke atas kepala
2. Selepas curah, sebut nama-nama yang anda ingin
cabar mereka melakukan aksi tersebut
Setakat ini memang ramai artis, pemain bolasepak dan personaliti popular yang dah sertai cabaran ni. Sebab kena 'petik' nama itu sebab benda ni macam berangkai/berantai. Tak tahu la bersambung sampai tahun berapa.
Tujuan asalnya nak kumpul sumbangan untuk pesakit saraf otak yang mana bila anda curah air sejuk di atas kepala, itulah rasa yang dialami oleh pesakit saraf ALS tersebut. Jadi akan timbullah kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit ini dan kajian yang sedang dilakukakan berkenaan sakit saraf ini.
Memang dekat youtube dah banyak video pasal #icebucketchallenge ni. Di Malaysia ni yang dah berjaya buat seperti YB KJ dan Dato' Nazri Aziz. Pemain bolasepak profesional memang ramai dah buat contohnya Drogba, Buffon, Kompany dan ramai yang lain.
No comments:
Post a Comment