23 August 2014

Cara Kuruskan Badan Paling Berkesan dan Pantas (DIJAMIN)

Okay gua nak kongsikan cara untuk kuruskan badan paling cepat dan berkesan. Amalkan semua dan dijamin boleh turun 5-10kg dalam sebulan. Kalau malas bersenam pun boleh. Cuma ada benda yang perlu dielakkan dan dikurangkan.

Baca dulu dan fahamkan kenapa cara yang gua kongsikan ni berkesan. Logik atau tidak. Kalau rasa tak logik, abaikan. Gua kongsi sebab gua dah amalkan dan dalam seminggu gua dah turun dalam 2.5kg. Gua tak berjoging pun tapi gua ada cara keluarkan peluh yang berkesan pada gua.

1. Amalkan minum banyak air kosong dalam sehari. Formulanya mudah, untuk setiap 25kg berat badan anda maka perlu minum 1 liter. Andai berat anda 75kg maka minumlah 3 liter air kosong sehari. Sebabnya cukup mudah, iaitu akan membersihkan toksin dan mampu juga singkirkan lemak.

2. Makan dalam pinggan yang kecil. Andai pinggan kecil mesti tak boleh ambil banyak makanan kan? Okay itulah cara nak kurus paling penting. Jaga pemakanan dan pilih makanan yang kurang lemak dan kalori.

3. Jangan tidur berlebihan terutama tidur selepas makan. Kalau lepas makan terus baring, terlelap confirm perut naik lepas tu. Korang tengok cermin tampar la perut puas puas. Jerit depan cermin 'kau gemuk!!!!!' sepuas hati. Kalau sedar diri, mesti takkan tidur lepas makan.

4. Parking kereta jauh dari tempat kerja dan kurangkan guna lif. Berjalan juga boleh bakar lemak dan kalori, naik tangga apatah lagi. Berkorban la sikit. Taknak ke rasa pakai baju fit, seluar skinny. Dah kurus nanti badan pun rasa ringan, nak gerak sana sini pun tak cepat letih. Fikir semua ni untuk motivasi diri.

5.  Amalkan berdiri depan cermin lepas tu pegang lemak, lipatan di perut masing-masing. Mesti rasa menyesal, malu kan? Bila duduk pulak, ada rasa lipatan perut kena pada dada? Itulah motivasi paling mudah. Rasa malu dan seterusnya bersemangat untuk kuruskan badan.

Bagi yang memang rajin dan betul-betul nak lagi cepat kurus boleh la berjoging dan bersenam. Dapat BMI antara 20-25, itu adalah nilai bagi berat badan ideal. 

Fikir panjang sebelum ambil makanan. Pegang dulu lipatan dekat perut, ketat pada baju dan seluar, berat nak bergerak. Nescaya anda akan hilang selera nak makan banyak. Makan sekadar perlu. Nak tambah semangat, fikir kawan-kawan yang dulu gemuk tapi sekarang dah berjaya kurus. Fikir andai terjumpa mereka nanti. Malu tak? Hahahahaha anda yang kena motivasi diri sendiri. Perut anda, tanggungjawab anda.









No comments:

Post a Comment