28 August 2014

Penggambaran Model Separuh Bogel di Malaysia?

Antara isu yang hangat minggu ini ialah penggambaran separuh bogel di Bandar Ipoh, Perak. Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 9 pagi di Jalan Sultan Yussof itu menggemparkan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

Pasangan model tersebut yang hanya memakai seluar panjang tanpa baju (lelaki) dan berbikini (perempuan) jelas dilihat melintas jalan berhampiran Bank CIMB di bandar Ipoh. Tidak lama selepas itu, gambar mereka menjadi viral di Whatsapp dan laman sosial.

Kejadian ini jelas bercanggah dengan undang-undang di Malaysia. Tindakan tersebut dilihat mencabar nilai sopan-santun dan ketimuran yang diamalkan di negara ini. Jika dibiarkan berleluasa, pasti akan ada lagi kejadian seperti ini berlaku. Andai nak berpakaian menjolok mata dan separuh bogel, dipersilakan pergi ke negara lain. Jangan cemarkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Pasangan terbabit telah dibicarakan di Mahkamah Majistret dan didenda RM400 setiap seorang atau satu bulan penjara. Mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka. 

Jumlah RM400 atau 1 bulan penjara itu sebenarnya terlalu rendah dan hukuman lebih berat perlu dijatuhkan. Tidak mustahil mereka akan ulangi semula kesalahan tersebut kerana tidak kisah pada hukuman yang ringan tersebut. Kaji semula hukuman dan mungkin berikan sesuatu yang lebih beri kesan serta pengajaran kepada mereka.






No comments:

Post a Comment