Telefon pintar terbaru keluarkan HTC ini menggunakan aluminium sebagai bahan binaan fizikalnya. Berbeza dengan Galaxy S4 yang menggunakan plastik. Dengan skrin sebesar 4.7 inci 16M-color 1080p Super LCD3 dan mempunyai kepadatan pixel sebanyak 469ppi, HTC One ini merupakan antara telefon pintar yang mempunyai skrin terbaik dan paling cantik serta terang.
Melihat kepada spesifikasi dalamannya pula, peranti ini mempunyai kemampuan untuk beroperasi dengan sangat baik sama ada ketika bermain permainan video mahupun menonton video berdefinisi tinggi. Dikuasakan oleh Quad Core 1.7 GHz Qualcomm Snapdragon 600 chipset dan CPU Krait 300 serta GPU Adreno 320. Juga memiliki RAM sebesar 2GB. Dengan cip pemprosesan seperti ini, HTC One sangat sesuai untuk penggunaan berat bagi telefon pintar. Tiada masalah lag ataupun hang.
Peranti ini menggunakan Android 4.1.2 Jelly Bean dan sudahpun mendapat kemaskini untuk Android 4.3 Jelly Bean. Juga menggunakan interface Sense UI 5.0 daripada pihak HTC. Skrin yang digunakan ialah Corning Gorilla Glass 2 yang tahan lasak dan sangat berkualiti.
HTC juga membuat pembaharuan terhadap teknologi kamera. Jika sebelum ini, syarikat lain lebih menumpukan terhadap menambah MegaPixel sehingga 13MP namun HTC hanya meletakkan kamera 4MP pada HTC One ini. Akan tetapi, pihak HTC menggunakan teknologi Ultra-Pixel pada kameranya dimana kualiti gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih tajam, terang dan sangat baik. Ramai pengguna HTC One ternyata amat berpuas hati dengan prestasi kamera pada telefon pintar ini. Kamera depannya adalah sebesar 2.1MP dengan kemampuan merakam video 1080p.
Telefon ini mempunyai pilihan ruang penyimpanan 32GB dan 64GB sahaja dan tiada slot untuk MicroSD. Saiz bagi telefon ini ialah 137.4 x 68.2 x 9.3 mm dan seberat 143g. Mempunyai sistem bunyi yang menakjubkan kerana menggunakan sistem Beats Audio. Jika dilihat, terdapat 2 speaker pada bahagian peranti ini yang menjanjikan kualiti bunyi pada tahap terbaik dan sedap didengar. Speaker pada bahagian depannya juga dikuasakan dengan teknologi BoomSound. Selain itu, akses Bluetooth, Infrared dan NFC turut ada pada peranti ini.
Pihak HTC juga meletakkan aplikasi seperti HTC Zoe, BlinkFeed dan HTC Sound untuk membantu dan memudahkan urusan pengguna telefon pintar ini. Menggunakan bateri berkapasiti 2300 mAh dan non-removable, peranti ini dikatakan mempunyai endurance rating sebanyak 48 jam. Dibawah ini terdapat beberapa gambar dan video mengenai HTC One M7.
No comments:
Post a Comment