09 August 2013

Senarai laman web mengenai telefon bimbit, laptop dan komunikasi

1. Amanz.my
 
    Laman web berbahasa Melayu yang mudah difahami dan sentiasa dikemaskini. Pelbagai info mengenai telefon pintar, dunia komunikasi dan gajet terbaru boleh diperolehi disini.

2. SoyaCincau

    Website berbahasa Inggeris yang mudah difahami dan dipenuhi info berguna berkaitan dunia komputer dan peranti terbaru. Juga mempunyai review dan ulasan mengenai telefon pintar dan tablet.

3. GSMArena

    Laman web berbahasa Inggeris antara yang paling popular dalam kalangan penggemar gajet dan teknologi. Sangat pantas dalam memaparkan setiap perkara dalam dunia teknologi. Juga memiliki kemudahan 'compare' dan 'phone finder' untuk memudahkan pengguna memilih peranti yang bersesuaian dengan diri dan kemampuan mereka.

4. Cnet

Website yang memaparkan review dan harga bagi peralatan elektronik terkini seperti laptop, telefon bimbit, komputer dan banyak lagi. Anda juga boleh muat turun software dan aplikasi di laman web Cnet ini. Sangat memudahkan kerana banyak informasi anda boleh dapat disini.

No comments:

Post a Comment