10 August 2013

Ulasan Samsung Galaxy S4

Sekitar bulan April 2013 yang lepas, pihak Samsung telah mengeluarkan peranti terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S4 yang juga merupakan kesinambungan daripada Samsung Galaxy S3. Membawakan bentuk yang seakan serupa dengan Galaxy S3 dan masih mengekalkan penutup belakang daripada plastik, namun begitu Galaxy S4 memiliki spesifikasi yang jauh lebih tinggi dan kapasiti bateri yang lebih besar.






Telefon pintar ini memiliki skrin 5 inci 16M-color 1080p Super Amoled dengan Gorilla Glass 3. Saiz 5 inci adalah lebih besar berbanding Galaxy S3 sebelum ini. Peranti ini juga mempunyai kepadatan pixel yang tinggi iaitu sebanyak 441 ppi. Membolehkan pengguna melihat skrin dengan sangat baik walaupun di bawah cahaya matahari.

Sudah pasti bahagian yang paling menarik bagi Samsung Galaxy S4 ini ialah spesifikasi dalamannya yang sangat mengujakan dan memberi kepuasan kepada pengguna yang mementingkan kelajuan dan kepantasan. Telefon ini dilengkapi dengan Chipset Exynos 5 Octa-Core iaitu telefon pintar pertama yang menggunakan teknologi lapan teras. Spesifikasi setinggi ini pasti menjanjikan penggunakan yang laju dan optimum ketika bermain game dan menonton video.



Perbandingan Galaxy S4 vs Galaxy S3


Selain itu, Galaxy S4 juga memiliki slot microSD, membolehkan pengguna menambah ruang storan sehingga 64GB. Internal storage juga mempunyai pilihan iaitu 16GB/32GB/64GB. Antara lain ialah peranti ini mempunyai akses Bluetooth, Infrared dan NFC.

Dengan skrin sebesar 5 inci, sudah pasti telefon ini memiliki saiz lebih besar berbanding Galaxy S3. Peranti ini mempunyai ketebalan 7.9mm dan berat sebanyak 130g. Namun begitu, peranti ini masih selesa dan muat untuk dimasukkan ke dalam poket seluar.



Galaxy S4 (kiri) dan Galaxy S3 (kanan)
iPhone 5 vs Galaxy S4
Galaxy S4 membawakan kamera belakang sebesar 13MP dan kamera depan
2.0MP. Kelebihan kamera ialah mempunyai ciri-ciri seperti Dual Shot, Simultaneous HD video and image recording, geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization dan HDR. Kamera depan dan belakang juga mampu merakam video dengan kualiti 1080p@30fps. Oleh itu, Galaxy S4 mampu menangkap gambar dan merakam video berkualiti tinggi.

Antara ciri-ciri menarik yang turut ada pada peranti terbaru Samsung ini ialah Air Gesture, Smart Stay, Smart Rotate, Smart Scroll, Smart Pause, S-Voice, S-Translator dan S-Health. Namun begitu, tidak semua aplikasi ini selalu digunakan. Pengguna boleh menutup aplikasi tersebut mengikut kemahuan mereka sendiri.


Seperti diberitahu awal tadi, Galaxy S4 ini menggunakan bateri lebih besar iaitu 2600 mAh yang membolehkan pengguna mempunyai lebih masa untuk menggunakan telefon pintar ini. Dibawah ini ada beberapa gambar dan video berkaitan Samsung Galaxy S4. 



























No comments:

Post a Comment