14 August 2013

Perbezaan Original set, AP set dan Clone

Seringkali pengguna diperdaya oleh penjual telefon bimbit yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan. Disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai cara-cara mengenalpasti dan memilih telefon akhirnya pembeli membazir duit membeli telefon yang tidak berkualiti.

Banyak sudah kes penipuan yang berlaku di Plaza Low Yat, Pertama Complex dan Terminal One Seremban. Walaupun aduan sudah dikemukakan kepada pihak berkuasa namun penjual licik ini masih berleluasa. Mereka ada taktik dan strategi tersendiri supaya penipuan mereka kelihatan seperti kesalahan dan kesilapan pembeli sendiri.


Penipuan yang sering berlaku ialah pembeli ingin membeli telefon bimbit Original set tetapi penjual menawarkan Clone set dengan harga lebih murah. Mereka sedaya-upaya menyakinkan pelanggan bahawa Clone set tidak banyak beza dengan Original set. Tetapi itu hanyalah sandiwara dan helah mereka untuk mendapat lebih keuntungan.


Original set adalah gred yang paling tinggi dan sepatutnya menjadi pilihan pembeli. Dihasilkan oleh pengeluar itu sendiri contohnya Samsung, Apple, Nokia, Sony dan Blackberry. Setiap jenama ini mempunyai pengedar yang bertauliah dan diiktiraf untuk mengedarkan telefon bimbit berkenaan. Ada beberapa cara untuk memastikan telefon itu adalah Original set. 


Telefon Nokia contohnya Zitron dan Avaxx ialah pengedar Original set yang sah dan diiktiraf manakala uTNT dan VSCOM adalah pengedar bagi AP set. AP set (Authorized Product) ialah 100% sama dengan Original Set cuma berbeza dari segi warranti dan harga.








Warranti bagi AP set ialah warranti dari pihak kedai sahaja dan bukannya Service Center jenama telefon tersebut. Bermakna jika ada kerosakan, anda hanya boleh membaikinya di kedai anda membeli telefon tersebut. Kalau kerosakan pada Original Set, anda boleh membaikinya di mana-mana service center telefon tersebut di seluruh negara.


Berikut adalah pengedar sah dan diiktiraf bagi beberapa jenama telefon terkenal di Malaysia. 


    

Jenama
 Pengedar Sah
NOKIA
Avaxx & Zitron
Motorola
Action, Brightstar, MDM & Smart
Sony Ericsson
Midland, 3tribes & Thorus,Dynamics
Samsung
SAMSUNG (SME), First Mobile Group (FMG)
LG
Zitron, Grand Dynamis (Authorised Agent), Action (Retail Partner)



Kebiasaanya akan ada stiker di belakang bateri handphone tersebut untuk memastikan ia benar-benar telefon Original set. Selain itu telefon Original akan mempunyai warranty selama setahun hingga 2 tahun. Telefon Clone pula hanya ada warranty kurang dari setahun serta jauh lagi murah. AP set pula hanya RM100 atau RM200 lebih murah berbanding Original set.








Selain itu, anda juga boleh menyemak kod IMEI di dalam telefon tersebut adalah sama dengan yang terpapar di kotak telefon. Jika berbeza, anda boleh meragui Originality telefon tersebut.








Ambil telefon tersebut dan terus taip *#06# dan lihat no serial hanset tersebut. Lihat pula pada kotak dan pastikan no serial itu adalah sama.


Apple berbeza dengan jenama lain kerana Apple tidak mempunyai AP Set. Oleh itu anda disarankan membeli telefon di pengedar yang sah seperti Apple Store dan pengedar yang sah. Biar mahal sedikit tetapi menjamin anda daripada tidak ditipu dan anda mendapat barangan yang benar-benar berkualiti tinggi.


Berikut ada sedikit tips membeli telefon : 


1. Beli telefon hanya di kedai kedai besar yang memang penjual handphone yang sah dan sentiasa di pantau oleh kerajaan.

2. Jangan beli di kedai-kedai Kiosk yang muncul tiba tiba di sana sini.
3. Beli di kedai yang memberi jaminan originaliti hanset tersebut.
4. Ambil handphone tersebut dan terus taip *#06# dan lihat no serial telefon tersebut. Bandingkan dengan di kotaknya.
5. Jangan beli di jalanan yang di jual oleh orang perseorangan yang menawarkan harga sangat murah dari harga asal telefon tersebut  (Mungkin juga itu adalah barang curi.)

6. Jaminan untuk Handphone ori sekurang kurannya setahun jika kurang dari itu anda fikir-fikir lah sendiri kenapa penjual tidak berani memberi jaminan tersebut.
7. Handphone yang original di jual mesti lengkap dengan semua acessories termasuk ada buku panduan dan kad jaminan.

No comments:

Post a Comment