18 August 2013

Memilih Telefon Pintar

Golongan muda seringkali lebih kerap bertukar telefon pintar. Mereka ternyata rambang mata melihat lambakan gajet-gajet terkini yang memenuhi bekas kaca di kedai telefon. Bukanlah sebab duit penuh dipoket, tapi nafsu ingin menunjuk-nunjuk dan kebodohan ingin mengejar teknologi. Ada antara mereka sanggup mengikat perut, berdiet, kerja part-time demi mengumpul duit ingin membeli telefon baru. Itu bukan keperluan namanya, tapi PEMBAZIRAN.






Setiap bulan malahan setiap minggu pasti ada peranti baru di pasaran. Buktinya anda boleh lihat di laman web Mudah ataupun Group-Group gajet di Facebook. Pasti ada saja telefon baru yang ingin diletgo atau dijual. Sedangkan usia penggunaan telefon tersebut tidak sampai sebulan. Remaja adalah golongan majoriti yang suka menukar telefon bimbit. Mereka berasa tercabar apabila melihat rakan-rakan membeli telefon baru yang lebih hebat. Persaingan yang sangat tidak sihat.






Memilih telefon pintar adalah amat sukar memandangkan kepada lambakan pilihan yang ada di pasaran sekarang. Namun begitu ada beberapa aspek dan penilaian yang boleh anda tanyakan kepada diri anda sendiri sebelum membeli telefon pintar. Sangatlah penting membuat survey dahulu untuk mengelakkan anda ditipu oleh penjual tersebut.


1. Lihat Bajet anda

Jangan membeli telefon yang mahal andai itu boleh membuat anda sesak di kemudian hari. Tetapkan bajet dan senaraikan telefon yang anda mampu beli dengan bajet itu. 

2. Cuba dahulu telefon tersebut

Cuba ini bukanlah bermaksud anda beli telefon itu. Tetapi anda boleh mencubanya menggunakan telefon milik rakan anda. Mungkin telefon yang anda minat itu sudah digunakan oleh orang yang anda kenal, sebaiknya pegang dan rasai telefon itu sendiri menggunakan tangan anda. Minat tak semestinya sesuai. Mana tahu lepas anda pegang, godek-godek sikit terus anda jadi tak minat pula.

3. Buat survey

Jangan gelojoh. Baru pergi kedai pertama, terus beli. Itu terdesak namanya. Sebaik-baiknya anda pergi ke 5-6 buah kedai dahulu. Lihat harga yang ditawarkan, cuba tawar-menawar dan lihat apa freegift yang akan diberikan. Tapi kalau anda pergi ke Apple Store, Senheng atau Sony Centre janganlah pula anda memandai-mandai tawar-menawar. Memang tak dapat la. Sana tu harga mati, Original set. Lebih baik juga kalau anda lihat di internet. Mana tau boleh dapat dengan harga murah. Walaupun 2nd hand, tapi baru guna sebulan mestilah condition macam baru. Boleh ajak jumpa, sewajarnya COD dan jangan bank-in.

4. Pilih sama ada Original Set atau AP Set

Pembeli selalu ditipu berkenaan hal ini. Ingatkan beli Original Set tapi rupa-rupanya AP Set. Lagi sedih kalau Clone Set. Boleh menangis tanpa henti. Seeloknya bawa rakan yang ada ilmu pengetahuan dalam soal gajet, mereka boleh membantu anda ketika membuat pilihan dan mengelakkan anda dari ditipu. Beza Original Set dan AP Set hanyalah pada warranti. Tetapi telefon Original Set lebih tinggi harganya jika dijual semula. 

5. Pastikan tempat pembelian adalah boleh dipercayai

Sekarang ini banyak wujud kedai-kedai kecil yang menjual telefon pintar. Mereka jual dengan harga murah tetapi selalu berpindah tempat. Dengan cara ini mereka boleh mengelak daripada pembeli yang tidak berpuas hati atau telefon yang dijual mengalami kerosakan. Kebanyakannya juga menjual telefon Clone tetapi mengatakan itu ada Original Set. Mereka akan sedaya upaya memujuk dan menyakinkan pelanggan bahawa itu ialah Original set. Ramai yang suah tertipu tapi tak boleh berbuat apa-apa kerana penjual tersebut tak dapat dijejaki.







Banyak lagi rasanya tips dan nasihat sebelum membeli telefon pintar tapi cukuplah sampai disini sahaja. Mungkin tips lain pada post yang lain pula. Akhir kata, kalau betul-betul cukup bajet dan ingin membeli dengan penuh yakin maka silalah beli pengedar yang sah seperti Apple Store, Senheng dan Cawangan Sony, Samsung, Blackberry yang sah dan berdaftar. 








14 August 2013

Perbezaan Original set, AP set dan Clone

Seringkali pengguna diperdaya oleh penjual telefon bimbit yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan. Disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai cara-cara mengenalpasti dan memilih telefon akhirnya pembeli membazir duit membeli telefon yang tidak berkualiti.

Banyak sudah kes penipuan yang berlaku di Plaza Low Yat, Pertama Complex dan Terminal One Seremban. Walaupun aduan sudah dikemukakan kepada pihak berkuasa namun penjual licik ini masih berleluasa. Mereka ada taktik dan strategi tersendiri supaya penipuan mereka kelihatan seperti kesalahan dan kesilapan pembeli sendiri.


Penipuan yang sering berlaku ialah pembeli ingin membeli telefon bimbit Original set tetapi penjual menawarkan Clone set dengan harga lebih murah. Mereka sedaya-upaya menyakinkan pelanggan bahawa Clone set tidak banyak beza dengan Original set. Tetapi itu hanyalah sandiwara dan helah mereka untuk mendapat lebih keuntungan.


Original set adalah gred yang paling tinggi dan sepatutnya menjadi pilihan pembeli. Dihasilkan oleh pengeluar itu sendiri contohnya Samsung, Apple, Nokia, Sony dan Blackberry. Setiap jenama ini mempunyai pengedar yang bertauliah dan diiktiraf untuk mengedarkan telefon bimbit berkenaan. Ada beberapa cara untuk memastikan telefon itu adalah Original set. 


Telefon Nokia contohnya Zitron dan Avaxx ialah pengedar Original set yang sah dan diiktiraf manakala uTNT dan VSCOM adalah pengedar bagi AP set. AP set (Authorized Product) ialah 100% sama dengan Original Set cuma berbeza dari segi warranti dan harga.








Warranti bagi AP set ialah warranti dari pihak kedai sahaja dan bukannya Service Center jenama telefon tersebut. Bermakna jika ada kerosakan, anda hanya boleh membaikinya di kedai anda membeli telefon tersebut. Kalau kerosakan pada Original Set, anda boleh membaikinya di mana-mana service center telefon tersebut di seluruh negara.


Berikut adalah pengedar sah dan diiktiraf bagi beberapa jenama telefon terkenal di Malaysia. 


    

Jenama
 Pengedar Sah
NOKIA
Avaxx & Zitron
Motorola
Action, Brightstar, MDM & Smart
Sony Ericsson
Midland, 3tribes & Thorus,Dynamics
Samsung
SAMSUNG (SME), First Mobile Group (FMG)
LG
Zitron, Grand Dynamis (Authorised Agent), Action (Retail Partner)



Kebiasaanya akan ada stiker di belakang bateri handphone tersebut untuk memastikan ia benar-benar telefon Original set. Selain itu telefon Original akan mempunyai warranty selama setahun hingga 2 tahun. Telefon Clone pula hanya ada warranty kurang dari setahun serta jauh lagi murah. AP set pula hanya RM100 atau RM200 lebih murah berbanding Original set.








Selain itu, anda juga boleh menyemak kod IMEI di dalam telefon tersebut adalah sama dengan yang terpapar di kotak telefon. Jika berbeza, anda boleh meragui Originality telefon tersebut.








Ambil telefon tersebut dan terus taip *#06# dan lihat no serial hanset tersebut. Lihat pula pada kotak dan pastikan no serial itu adalah sama.


Apple berbeza dengan jenama lain kerana Apple tidak mempunyai AP Set. Oleh itu anda disarankan membeli telefon di pengedar yang sah seperti Apple Store dan pengedar yang sah. Biar mahal sedikit tetapi menjamin anda daripada tidak ditipu dan anda mendapat barangan yang benar-benar berkualiti tinggi.


Berikut ada sedikit tips membeli telefon : 


1. Beli telefon hanya di kedai kedai besar yang memang penjual handphone yang sah dan sentiasa di pantau oleh kerajaan.

2. Jangan beli di kedai-kedai Kiosk yang muncul tiba tiba di sana sini.
3. Beli di kedai yang memberi jaminan originaliti hanset tersebut.
4. Ambil handphone tersebut dan terus taip *#06# dan lihat no serial telefon tersebut. Bandingkan dengan di kotaknya.
5. Jangan beli di jalanan yang di jual oleh orang perseorangan yang menawarkan harga sangat murah dari harga asal telefon tersebut  (Mungkin juga itu adalah barang curi.)

6. Jaminan untuk Handphone ori sekurang kurannya setahun jika kurang dari itu anda fikir-fikir lah sendiri kenapa penjual tidak berani memberi jaminan tersebut.
7. Handphone yang original di jual mesti lengkap dengan semua acessories termasuk ada buku panduan dan kad jaminan.

13 August 2013

Ulasan Motorola Moto X

Selepas pembelian Motorola oleh pihak Google, baru kini usahasama tersebutkan menunjukkan hasil iaitu dengan hadirnya Motorola Moto X. Telefon pintar ini membawakan rekaan yang menarik dan spesifikasi yang mampu menandingi peranti sedia ada di pasaran sekarang. Lebih menarik, peranti ini hadir dengan pilihan pelbagai warna yang mampu menarik perhatian golongan muda masa kini.







Walaupun bukanlah peranti yang paling berkuasa pada masa kini, namun Moto X dilengkapi dengan kamera yang berteknologi tinggi dan mampu mengambil gambar berkualiti ketika pengcahayaan kurang. Teknologi Clear Pixel membolehkan kamera Moto X menaikkan lebih 75% cahaya pada sensornya. 







Selain itu antara spesifikasi lain telefon pintar ini ialah menggunakan rekaan customized Motorola X8 Mobile Computing System berdasarkan Snapdragon S4 Pro Chip Dual-Core 1.7 GHz Krait. Juga menggunakan GPU Adreno 320 dan RAM sebanyak 2GB. Jika dilihat pada spesifikasi ini sepatutnya Moto X lebih sesuai menggunakan chip Quad-Core seperti kebanyakan peranti masa ini.








Moto X mempunyai ketebalan 10.4mm dan berat sebanyak 130 gram. Skrin padanya ialah sebesar 4.7 inci 16M-color 720p (1280 x 720 pixel ) Amoled Display dengan Gorilla Glass. Kepadatan pixelnya pula ialah 316 ppi. Tiada slot untuk MicroSD dan pilihan memori yang ada ialah hanya 16GB dan 32GB. 


Mengenai kameranya pula, Moto X dilengkapi kamera belakang sebesar 10MP dan kamera depan 2MP. Dimana kedua-dua kamera mampu merakam video 1080p. Menariknya kamera utama ini mempunyai 1.4 µm pixel size dengan teknologi Clear Pixel yang mampu menangkap gambar dan merakam video dengan mengagumkan ketika keadaan kurang pengcahayaan.









Selain itu Moto X juga mempunyai akses kepada Bluetooth dan NFC. Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 2200 mAh. Mungkin selepas ini akan ada lagi peranti baru daripada Motorola dalam bentuk tablet dan phablet pula. Namun begitu agak menyedihkan kerana Moto X dikhabarkan bukan untuk pasaran Asia bermaksud telefon pintar ini tidak akan dijual di 

Malaysia. Dibawah ini ada beberapa gambar dan video berkaitan Motorola Moto X.








































12 August 2013

Rumours and Gossip of iPhone 5S

Every year Apple product is being waited with so much anticipation. Innovation and technology that Apple make is always get the attention throughout the world. 2013 is the year that full of rumours and gossips about Apple's smartphone. Expected to be introduced on September 10 2013, the iPhone 5S is expected to bring a lot of improvements and changes either internal or external specifications.








Some rumours say that the iPhone 5S will maintain the 8-Megapixel camera but with huge increase in terms of picture quality in low light environments. If before, the f/2.4 Aperture is the lens that Apple used for iPhone 5 but the next generation of iPhone 5S will have Aperture f/2.0 that is expected capable of producing much better quality of picture when in low-lighting conditions. Resulting image is also more sharper and beautiful than the iPhone 5. As we know that the quality of shots produced by iPhone 5 is one of the best as well as the HTC One and Samsung Galaxy S4.









Certainly the iPhone 5S internal specification will also become more faster and impressive compare to iPhone 5. iPhone 5S will also officially use iOS 7 that is still in beta version at this time.








In addition, Apple is also set to increase the size of the screen on iPhone 5S and use the latest that I heard IGZO screen which have a pixel density of up to 652 ppi. Maybe there also a slight change in the position of the flash at the back of iPhone 5S.








Besides that, the interesting thing is rumours that Apple will add color collection on the iPhone 5S later. Previously there was only black and white but new colors that will be used is gold. If this is true, the iPhone 5S will surely looks more elegant and exclusive.









Many people will already look forward to the next generation of the iPhone family, does the rumours of iPhone 5S that will have fingerprint sensors is capable to beats the domination of Galaxy S4 and HTC One. All speculation and questions will be answered on this 10 September.





Gosip berkenaan iPhone 5S

Sememangnya produk Apple sentiasa dinantikan saban tahun. Kualiti dan teknologi yang diperkenalkan Apple sentiasa mendapat perhatian banyak pihak. Tahun 2013 ini mendengarkan banyak ura-ura dan khabar angin mengenai telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone. Dijangka akan diperkenalkan pada 10 September nanti, iPhone 5S dikhabarkan bakal membawa banyak pembaharuan dan penambahbaikan sama ada spesifikasi luaran mahupun dalaman.






Ada yang mengatakan iPhone 5S ini bakal mengekalkan kamera 8-Megapixel tetapi ada perubahan dari segi kualiti gambar di persekitaran kurang cahaya. Jika sebelum ini, pihak Apple menggunakan Aperture f/2.4 pada iPhone 5 akan tetapi iPhone 5S bakal memiliki Aperture f/2.0 iaitu mampu menghasilkan kualiti gambar jauh lebih baik ketika di low-lighting condition. Gambar yang dihasilkan juga lebih tajam dan cantik berbanding iPhone 5. Kita sedia maklum bahawa kualiti gambar yang dihasilkan iPhone 5 adalah antara yang terbaik disamping HTC One dan Galaxy S4.








Sudah pasti iPhone 5S juga bakal membawakan spesifikasi dalaman yang lebih laju dan hebat berbanding iPhone 5. iPhone 5S juga bakal secara rasmi menggunakan iOS 7 yang masih dalam versi percubaan sekarang ini.








Selain itu, Apple juga bakal menambah saiz skrin pada iPhone 5S nanti dan menggunakan skrin IGZO terbaru yang dengarnya mempunyai kepadatan pixel sehingga 652 ppi. Mungkin juga akan perubahan pada kedudukan flash di belakang iPhone 5S.






Selain itu, perkara yang menarik juga ialah ura-ura bahawa Apple bakal menambah koleksi warna pada iPhone 5S nanti. Sebelum ini hanya ada warna hitam dan putih tetapi warna terbaru yang bakal digunakan juga ialah warna emas. Jika ini menjadi kenyataan, tentu iPhone 5S bakal tampak lebih elegan dan eksklusif. 


Ramai pasti sudah tidak sabar menantikan generasi seterusnya bagi keluarga iPhone ini, adakah iPhone 5S yang digosipkan mempunyai pengesan cap jari mampu mengatasi Galaxy S4 dan HTC One. Segala spekulasi dan pertanyaan ini bakal terungkai 10 September nanti.









11 August 2013

Review of HTC One M7

Awarded as the Best Android device in 2013, HTC One M7 has gained the attention from smartphone users worldwide. Although the price is quite expensive but the quality and performance of this device is amazing. HTC also announced this device as the best ever device that had being produced by them. High quality construction and interior specification turned this to be the outstanding gadget and makes it able to beat Samsung Galaxy S4 and iPhone 5.









This amazing HTC's smartphone used aluminum as a building material of its physical properties. Unlike the Galaxy S4 that use material from plastics. This make HTC One more premium and exclusive. With a screen size of 4.7 inches 16M-color Super LCD3 1080p and has a pixel density of 469ppi, this HTC One is the smartphone that has the best, most beautiful and bright screen.







Based on the internal specs, the device has the ability to operate with a very good either when playing video games or watching high-definition video. Powered by Quad Core 1.7 GHz Qualcomm Snapdragon 600 chipset, Krait 300 CPU and GPU of Adreno 320. It also features 2GB of RAM size. With this kind of processing chip, the HTC One particularly suitable at heavy usage for smartphones. Logically there will be no lagging or hang problem.


This device also used Android 4.1.2 Jelly Bean and already getting updated for Android 4.3 Jelly Bean. Also use user-interface Sense UI 5.0 from the HTC. The screen used is Corning Gorilla Glass 2 which are extremely durable and very high quality. 






HTC also makes transformation to the camera technology. If before this, the other company is more focused on adding megapixels until 13MP, but HTC only put 4MP camera on this HTC One smartphone. However, the HTC introduced the technology of Ultra-Pixel camera which produced the picture quality that more sharp, brighter and very details also. Many users of HTC One evidently very satisfied with the performance of the camera on this smartphone. 2.1MP front camera is able for 1080p video recording.












The phone had choice of 32GB or 64GB internal storage only and has no slot for MicroSD. The dimension of this phone is 137.4 x 68.2 x 9.3 mm and weighed 143g. It have an amazing sound system because using the Beats Audio system. If you look, there are two speakers on the device that promises the best sound quality and better audio experience. Speakers at the front is also powered by BoomSound technology. In addition Bluetooth, Infrared and NFC also available on this device.







HTC also puts nice apps like HTC Zoe, BlinkFeed and HTC Sound to helps and enriches the user's smartphone experience. This device using 2300 mAh battery and a non-removable, the device is said to have a endurance rating of 48-hour. Below are some photos and video of the HTC One M7.






































Kualiti Gambar Sony Xperia Z





























Kualiti Gambar HTC One M7