Setiap bulan malahan setiap minggu pasti ada peranti baru di pasaran. Buktinya anda boleh lihat di laman web Mudah ataupun Group-Group gajet di Facebook. Pasti ada saja telefon baru yang ingin diletgo atau dijual. Sedangkan usia penggunaan telefon tersebut tidak sampai sebulan. Remaja adalah golongan majoriti yang suka menukar telefon bimbit. Mereka berasa tercabar apabila melihat rakan-rakan membeli telefon baru yang lebih hebat. Persaingan yang sangat tidak sihat.
Memilih telefon pintar adalah amat sukar memandangkan kepada lambakan pilihan yang ada di pasaran sekarang. Namun begitu ada beberapa aspek dan penilaian yang boleh anda tanyakan kepada diri anda sendiri sebelum membeli telefon pintar. Sangatlah penting membuat survey dahulu untuk mengelakkan anda ditipu oleh penjual tersebut.
1. Lihat Bajet anda
Jangan membeli telefon yang mahal andai itu boleh membuat anda sesak di kemudian hari. Tetapkan bajet dan senaraikan telefon yang anda mampu beli dengan bajet itu.
2. Cuba dahulu telefon tersebut
Cuba ini bukanlah bermaksud anda beli telefon itu. Tetapi anda boleh mencubanya menggunakan telefon milik rakan anda. Mungkin telefon yang anda minat itu sudah digunakan oleh orang yang anda kenal, sebaiknya pegang dan rasai telefon itu sendiri menggunakan tangan anda. Minat tak semestinya sesuai. Mana tahu lepas anda pegang, godek-godek sikit terus anda jadi tak minat pula.
3. Buat survey
Jangan gelojoh. Baru pergi kedai pertama, terus beli. Itu terdesak namanya. Sebaik-baiknya anda pergi ke 5-6 buah kedai dahulu. Lihat harga yang ditawarkan, cuba tawar-menawar dan lihat apa freegift yang akan diberikan. Tapi kalau anda pergi ke Apple Store, Senheng atau Sony Centre janganlah pula anda memandai-mandai tawar-menawar. Memang tak dapat la. Sana tu harga mati, Original set. Lebih baik juga kalau anda lihat di internet. Mana tau boleh dapat dengan harga murah. Walaupun 2nd hand, tapi baru guna sebulan mestilah condition macam baru. Boleh ajak jumpa, sewajarnya COD dan jangan bank-in.
4. Pilih sama ada Original Set atau AP Set
Pembeli selalu ditipu berkenaan hal ini. Ingatkan beli Original Set tapi rupa-rupanya AP Set. Lagi sedih kalau Clone Set. Boleh menangis tanpa henti. Seeloknya bawa rakan yang ada ilmu pengetahuan dalam soal gajet, mereka boleh membantu anda ketika membuat pilihan dan mengelakkan anda dari ditipu. Beza Original Set dan AP Set hanyalah pada warranti. Tetapi telefon Original Set lebih tinggi harganya jika dijual semula.
5. Pastikan tempat pembelian adalah boleh dipercayai
Sekarang ini banyak wujud kedai-kedai kecil yang menjual telefon pintar. Mereka jual dengan harga murah tetapi selalu berpindah tempat. Dengan cara ini mereka boleh mengelak daripada pembeli yang tidak berpuas hati atau telefon yang dijual mengalami kerosakan. Kebanyakannya juga menjual telefon Clone tetapi mengatakan itu ada Original Set. Mereka akan sedaya upaya memujuk dan menyakinkan pelanggan bahawa itu ialah Original set. Ramai yang suah tertipu tapi tak boleh berbuat apa-apa kerana penjual tersebut tak dapat dijejaki.
Banyak lagi rasanya tips dan nasihat sebelum membeli telefon pintar tapi cukuplah sampai disini sahaja. Mungkin tips lain pada post yang lain pula. Akhir kata, kalau betul-betul cukup bajet dan ingin membeli dengan penuh yakin maka silalah beli pengedar yang sah seperti Apple Store, Senheng dan Cawangan Sony, Samsung, Blackberry yang sah dan berdaftar.