29 August 2014

Pekan Dipenuhi Wanita Cantik Rayu Dikunjungi Lelaki Bujang

Bagi lelaki, berita ini umpama mimpi yang menjadi kenyataan. Pelik tapi benar. Hahahahaha

Pekan Noiva di Cordeiro yang terletak di tenggara Brazil tersebut dipenuhi oleh wanita cantik dan masih muda. Ini kerana golongan suami hanya boleh mengunjungi isteri mereka pada hujung minggu sahaja dan anak lelaki yang berumur 18 tahun ke atas pula diarahkan untuk berhijrah ke tempat lain. Sebabnya? Masih belum diketahui.

Hal ini menyebabkan ramai wanita yang masih bujang sukar menjumpai jodoh dan mereka ternyata tertekan kerana sudah lama tidak bermesra dengan kaum lelaki. Malah ada antara mereka tidak pernah merasai pengalaman bercinta walaupun umur sudah melebihi 30 tahun. 

Pekan itu yang didiami lebih kurang 600 wanita meluahkan perasaan ingin mendekati lelaki dan bercinta tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak mahu meninggalkan kampung halaman.

Indah kan cerita ini? Bayangkan anda seorang lelaki bujang tiba-tiba tersesat di kampung ini. 600 wanita bujang dan cantik pasti melihat anda dengan penuh minat. Amacam? Taknak try?


28 August 2014

Mandi Buih Strategi Terbaru Rumah Urut?

Lambakan rumah urut di Kuala Lumpur dan Lembah Klang dilihat semakin menambahkan masalah moral dalam kalangan masyarakat. Bukan sekadar urutan malah segelintir rumah urut turut menawarkan perkhidmatan seks yang jelas menyalahi undang-undang dan adat ketimuran di negara ini.

Kini yang terbaru adalah perkhidmatan mandi buih yang dikatakan mampu menarik lebih ramai pelanggan 'hidung belang'. Taktik ini berjaya dikesan oleh pihak penguatkuasa dan serbuan telah dilakukan di beberapa rumah urut yang disyaki menawarkan perkhidmatan mandi buih ini.

Rumah urut tersebut memiliki bilik air yang diletakkan tilam getah dan turut dilengkapi TV LCD beserta beberapa kelengkapan mandi yang mampu menghasilkan buih dengan banyak. TV tersebut kemungkinan besar digunakan untuk menayangkan video lucah. Beberapa pakaian dalam turut ditemui berhampiran bilik air tersebut.

Sewaktu serbuan tersebut dijalankan, ternyata premis tersebut telah dikosongkan lebih awal. Kemungkinan ada pihak yang telah membocorkan maklumat berkenaan serbuan yang akan dilakukan.

Namun begitu, penemuan seperti ini menguatkan spekulasi bahawa kegiatan maksiat semakin berleluasa dan rumah urut sudah dijadikan pusat pelacuran pula. Sumber : MYNEWSHUB







Pekerja Bercawat, Kaki Ayam Buat Putu Mayam

Mesti ramai pernah merasai keenakan dan kelembutan putu mayam sama ada yang dijual di pasar malam mahupun penjual yang menaiki motor. Tapi pernah tak terfikir tentang persekitaran dan cara mereka buat putu mayam tersebut? 

Mungkin bukan semua pembuat putu mayam bersikap begini tapi apabila segelintir yang buat hal, sudah pasti akan menjejaskan perniagaan peniaga putu mayam yang lain. 

Dengan hanya bercawat dan tidak memakai baju, kaki pula bersebelahan dengan tepung yang hendak diuli. Pasti meloyakan orang yang melihat gambar ini. Kelihatan di suatu sudut terdapat longgokan sampah yang tidak dibersihkan. Adakah hal ini berlaku di Malaysia?

Lihat buktinya pada tong gas. Patut la sedap putu mayam kan? Ada masin-masin sikit. Kahkahkah






Penggambaran Model Separuh Bogel di Malaysia?

Antara isu yang hangat minggu ini ialah penggambaran separuh bogel di Bandar Ipoh, Perak. Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 9 pagi di Jalan Sultan Yussof itu menggemparkan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

Pasangan model tersebut yang hanya memakai seluar panjang tanpa baju (lelaki) dan berbikini (perempuan) jelas dilihat melintas jalan berhampiran Bank CIMB di bandar Ipoh. Tidak lama selepas itu, gambar mereka menjadi viral di Whatsapp dan laman sosial.

Kejadian ini jelas bercanggah dengan undang-undang di Malaysia. Tindakan tersebut dilihat mencabar nilai sopan-santun dan ketimuran yang diamalkan di negara ini. Jika dibiarkan berleluasa, pasti akan ada lagi kejadian seperti ini berlaku. Andai nak berpakaian menjolok mata dan separuh bogel, dipersilakan pergi ke negara lain. Jangan cemarkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Pasangan terbabit telah dibicarakan di Mahkamah Majistret dan didenda RM400 setiap seorang atau satu bulan penjara. Mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka. 

Jumlah RM400 atau 1 bulan penjara itu sebenarnya terlalu rendah dan hukuman lebih berat perlu dijatuhkan. Tidak mustahil mereka akan ulangi semula kesalahan tersebut kerana tidak kisah pada hukuman yang ringan tersebut. Kaji semula hukuman dan mungkin berikan sesuatu yang lebih beri kesan serta pengajaran kepada mereka.






26 August 2014

Bearing Kereta Melekat Pada Kemaluan Lelaki

Kecoh satu Malaysia terutama sekali di laman sosial bila dengar kes macam ni. Mulanya ingatkan cincin penguat batin, rupanya bearing kereta yang dijadikan 'alat mainan'. Hahahahaha

Lepas tak boleh nak keluarkan sendiri bearing tu, akhirnya lelaki tersebut mengalah dan pergi ke hospital. Di hospital, doktor terpaksa dapatkan bantuan bomba. Mungkin ni kali kedua dia dapat pertolongan bomba. Kali pertama biasa la, masa kena jirus air lori bomba sebelum berkhatan.

Pengajaran daripada cerita ni ialah jangan gatal tangan atau sengaja testing power batin guna alat bukan-bukan. Ada ke bearing kereta, kalau 'alat' dia tu keras macam kereta takpe la jugak.

Kahkahkah lawak oiii kisah brader ni. Tapi yang penting, kita ambil pengajaran. Jangan ikut nafsu sangat.





24 August 2014

Cara Membeli Smartphone Yang Dijamin Original dan Harga Berpatutan

Smartphone atau telefon pintar sudah dianggap benda wajib ada bagi generasi masa kini. Malahan kanak-kanak umur 4 tahun pun sudah ada gadget mereka sendiri tak kiralah telefon pintar atau tablet.

Tapi pasti ada dikalangan kita pernah ditipu atau diperdaya sewaktu membeli gajet ini. Terutama ketika pertama kali membelinya. Memang kita dapat beli dan miliki smartphone itu tapi pernah tak kita terfikir yang harga itu sesuai dengan smartphone tersebut. Atau mungkin tokey kedai tu mark-up harga terlalu tinggi.

Bagi yang berhati-hati mungkin mereka dah survey dulu beberapa kedai. Mungkin juga mereka dan buat pembacaan di internet. Disini aku nak kongsi cara aku beli smartphone. Aku pun pernah ditipu, pernah kena beli aksesori mengarut. Sebab itu aku nak kongsi supaya korang tak terkena perkara yang sama.

1. Aku akan buat kajian di internet terlebih dahulu. Gajet apa yang aku nak beli dan berapa harga pasaran. Aku akan pastikan apa spesifikasi dan kelebihan gajet tu. Jadi bila nak beli, aku boleh pastikan 'originality' gajet itu. Untuk check spesifikasi korang boleh tengok di GSMArena ataupun PhoneArena. Dua website ni untuk pilih dan tengok spesifikasi gajet yang korang minat.

2. Tengok harga pasaran terlebih dulu. Ni untuk elakkan korang terlebih bayar. Atau bahasa mudahnya kena tipu, kena kencing. Basah dan hancing. Okay untuk harga pasaran aku syorkan korang tengok kedai online yang trusted. Mereka ada senarai gajet dan harga terkini. Contohnya SatuGadget dan DirectD. Nak beli dekat sini pun boleh sebab 2 kedai ni jual pada harga yang boleh dikatakan lebih murah berbanding kedai lain. Eloknya pergi sendiri kedai tersebut, tak digalakkan beli online. 

3. Kalau aku nak beli smartphone biasanya aku akan beli yang 2nd hand. Sebab? Sebab diyakini original dan harga jauh lagi murah. Aku biasanya akan beli telefon 2nd hand yang usia kurang 3 bulan sebab masih baru dan risiko rosak itu kurang. Harga biasanya jauh lagi murah. Pastinya aku akan beli secara COD, bukan bank-in duit ke apa. Aku akan call seller tu, jumpa dia, belek check phone tu, kalau puas hati baru aku bayar. Tak pernah lagi aku bank-in untuk beli gajet. Ramai scammer sekarang ni. Nak cari phone 2nd hand yang terbaik, pergi je Mudah.my

Tiga itu sahaja tips dan cara yang mampu aku kongsikan. Smartphone aku dah pakai setakat ni ialah iPhone 4, Xperia ZL, Galaxy S4 dan sekarang ni HTC One M7. Semua tu aku beli dari Mudah.my kecuali iPhone 4. iPhone tu aku beli dekat kedai, kaw-kaw tokey Cina tu mark-up harga. Elok boleh beli RM900, sampai RM1300 dia tekan. Itu rasanya last aku beli dekat kedai.

Okay selamat berjual-beli. Jangan kena kencing nanti basah, hancing. Kahkahkah

Nurul Izzah Mengaku Menfitnah dan Memohon Maaf

Berhubung kenyataan Nurul Izzah sehari sebelum PRU13 yang lepas, telah memakan dirinya sendiri. Kenyataan yang dikeluarkan beliau berkenaan: 

“Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

Kenyataan yang dikeluarkan beliau ternyata berbaur fitnah apabila Dato' Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin telah mengeluarkan saman fitnah terhadap beliau. Kenyataan Nurul Izzah tersebut telah mencemarkan nama baik Dato' Seri Raja Nong Chik sebagai ahli politik, ahli perniagaan dan reputasi beliau.

Rentetan daripada saman tersebut, Nurul Izzah telah mengeluarkan pengakuan bahawa beliau kesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. 

Beginilah kisah ahli politik yang rumah tangganya tengah bergolak, sekarang mengaku keluarkan fitnah pula. Semoga beliau berubah dan lebih tumpukan usaha sebagai wakil rakyat. Amanah rakyat itu lagi penting.


Rita Rudaini Mengamuk dan Naik Angin?

Status ibu tunggal yang dipegang Rita Rudaini bukan penghalang untuk dia berhenti dari dunia seni. Malahan rezeki yang diperolehnya semakin bertambah dan anak-anaknya juga sangat gembira bersama ibu mereka. Walaupun isu nafkah masih belum selesai, namun Rita tetap tabah dan cekal mencari rezeki.

Baru-baru ini Rita telah meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap perkhidmatan internet di rumahnya. Ini kerana signal wifi hanya terhad di tingkat bawah dan tidak menyeluruh hingga ke tingkat 2. Luahan hati di laman Instagram tersebut telah menarik perhatian pihak TM dan keesokan harinya terus wakil TM datang dan menyelesaikan masalah tersebut.

Kalau orang biasa yang laporkan, seminggu dua la jawabnya baru masalah tersebut selesai. Untung Rita. Lawa, body solid, murah rezeki, ramai peminat. Sebelum ni Nora Danish pun ada luahkan kemarahan di Instagram, sepantas kilat jugaklah masalah tersebut diselesaikan. 

Inilah kelebihan seorang artis popular. Suara dan luahan mereka mudah didengar. 



Hafiz Suib seorang Perokok?

Siapa tak kenal penyanyi berbakat ketika ini, Hafiz Suib ataupun sebelum dikenali sebagai Hafiz AF. Dalam gambar terbaru yang tersebar meluas di internet, Hafiz dilihat memegang rokok sambil duduk termenung.

Ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat yang terkejut melihat perkara itu. Tapi merokok bukanlah perkara luar biasa, kerana di Malaysia sahaja terdapat lebih 5 juta orang perokok.

Mungkin gambar itu diambil sewaktu sesi fotografi dan Hafiz hanya posing memegang rokok. Tak semestinya dia hisap rokok itu. Kenalah bersangka baik sesama manusia. Walau apa-apapun tunggulah penjelasan daripada Hafiz sendiri.


23 August 2014

LIPAS DAN CICAK DALAM SOS CILI

Setiap rumah ada sos cili dan macam-macam jenis sos cili ada sekarang. Aminah Hassan, Kimball, Maggi, Jalen, Puteri dan banyak lagi. Biasa la sos cili pekat jadi bila nak tuang tu mesti kena ketuk dulu, goncang kuat sikit.

Tapi seorang akak ni alami perkara yang berbeza. Lepas dia ketuk, lepas dia goncang tiba-tiba terbau sesuatu meloyakan. Rupanya ada bangkai lipas dengan cicak dalam botol sos cili tu. Cuba bayangkan perasaan akak tu? Silap haribulan boleh termuntah.

Nasib baik dia terbau sebelum masak. Kalau tak sia-sia je dalam lauk ada cicak. Jadi sebagai pengajaran sebelum guna tu cubalah bau dulu. Kalau ada bau kurang menyenangkan, elakkan daripada guna. 





Cara Kuruskan Badan Paling Berkesan dan Pantas (DIJAMIN)

Okay gua nak kongsikan cara untuk kuruskan badan paling cepat dan berkesan. Amalkan semua dan dijamin boleh turun 5-10kg dalam sebulan. Kalau malas bersenam pun boleh. Cuma ada benda yang perlu dielakkan dan dikurangkan.

Baca dulu dan fahamkan kenapa cara yang gua kongsikan ni berkesan. Logik atau tidak. Kalau rasa tak logik, abaikan. Gua kongsi sebab gua dah amalkan dan dalam seminggu gua dah turun dalam 2.5kg. Gua tak berjoging pun tapi gua ada cara keluarkan peluh yang berkesan pada gua.

1. Amalkan minum banyak air kosong dalam sehari. Formulanya mudah, untuk setiap 25kg berat badan anda maka perlu minum 1 liter. Andai berat anda 75kg maka minumlah 3 liter air kosong sehari. Sebabnya cukup mudah, iaitu akan membersihkan toksin dan mampu juga singkirkan lemak.

2. Makan dalam pinggan yang kecil. Andai pinggan kecil mesti tak boleh ambil banyak makanan kan? Okay itulah cara nak kurus paling penting. Jaga pemakanan dan pilih makanan yang kurang lemak dan kalori.

3. Jangan tidur berlebihan terutama tidur selepas makan. Kalau lepas makan terus baring, terlelap confirm perut naik lepas tu. Korang tengok cermin tampar la perut puas puas. Jerit depan cermin 'kau gemuk!!!!!' sepuas hati. Kalau sedar diri, mesti takkan tidur lepas makan.

4. Parking kereta jauh dari tempat kerja dan kurangkan guna lif. Berjalan juga boleh bakar lemak dan kalori, naik tangga apatah lagi. Berkorban la sikit. Taknak ke rasa pakai baju fit, seluar skinny. Dah kurus nanti badan pun rasa ringan, nak gerak sana sini pun tak cepat letih. Fikir semua ni untuk motivasi diri.

5.  Amalkan berdiri depan cermin lepas tu pegang lemak, lipatan di perut masing-masing. Mesti rasa menyesal, malu kan? Bila duduk pulak, ada rasa lipatan perut kena pada dada? Itulah motivasi paling mudah. Rasa malu dan seterusnya bersemangat untuk kuruskan badan.

Bagi yang memang rajin dan betul-betul nak lagi cepat kurus boleh la berjoging dan bersenam. Dapat BMI antara 20-25, itu adalah nilai bagi berat badan ideal. 

Fikir panjang sebelum ambil makanan. Pegang dulu lipatan dekat perut, ketat pada baju dan seluar, berat nak bergerak. Nescaya anda akan hilang selera nak makan banyak. Makan sekadar perlu. Nak tambah semangat, fikir kawan-kawan yang dulu gemuk tapi sekarang dah berjaya kurus. Fikir andai terjumpa mereka nanti. Malu tak? Hahahahaha anda yang kena motivasi diri sendiri. Perut anda, tanggungjawab anda.









22 August 2014

ICE BUCKET CHALLENGE untuk kajian penyakit ALS

Mesti ramai dah tahu pasal #icebucketchallenge ni kan. Dah viral dekat laman sosial tentang cabaran ni. Syaratnya cukup mudah.

1. Curah sebaldi air mengandungi ais ke atas kepala 

2. Selepas curah, sebut nama-nama yang anda ingin 
    cabar mereka melakukan aksi tersebut

Setakat ini memang ramai artis, pemain bolasepak dan personaliti popular yang dah sertai cabaran ni. Sebab kena 'petik' nama itu sebab benda ni macam berangkai/berantai. Tak tahu la bersambung sampai tahun berapa.

Tujuan asalnya nak kumpul sumbangan untuk pesakit saraf otak yang mana bila anda curah air sejuk di atas kepala, itulah rasa yang dialami oleh pesakit saraf ALS tersebut. Jadi akan timbullah kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit ini dan kajian yang sedang dilakukakan berkenaan sakit saraf ini.

Memang dekat youtube dah banyak video pasal #icebucketchallenge ni. Di Malaysia ni yang dah berjaya buat seperti YB KJ dan Dato' Nazri Aziz. Pemain bolasepak profesional memang ramai dah buat contohnya Drogba, Buffon, Kompany dan ramai yang lain.











Drama Rindu Awak 200% (Episod 1 - Episod 28)

Tadaaaaaa......

Mana ada sampai episod akhir. Gua bukan Pengarah TV3. Tunggu la setiap Maghrib sampai ada yang sanggup lambatkan solat. Tengok online kan boleh.

Usha post gua sebelum ni ada gua kasi link nak tengok drama feveret korang tu. Tengok la puas-puas, ulang pun boleh. 

Ok gua chow dulu. #PrayForGaza #PrayForMH17







Anaconda by Nicki Minaj


Video klip terbaru Nicki Minaj - Anaconda




14 August 2014

Robin Williams. A legend who make us happy but his happiness is missing.

Shocking news but we must accept it with calm and relaxed. A comedian who making jokes, make us laughs and happy. But him deeply stay in depression and mixed feelings.

Let him passed away in peace. For we that still alive, must take this as a lesson. Someone who is funny and always smile is someone who we must appreciate and make he/she happly also.

For Robin Williams, you are legends and will be sweet memories for all of us.






Kasut Yang Lelaki Mesti Ada

Kasut memang setiap orang ada. Tak kisah lelaki ke perempuan ke maknyah ke pondan ke bapok ke pengkid ke atau golongan-golongan lain yang tak selera gua nak mention sini. Cukuplah lelaki dengan perempuan saja dekat muka bumi ni. Yang pandai sangat nak tambah jantina lain ni memang target mati bumi tak terima ke apa?

Okay gua return ke kasut. Lelaki biasa ada kasut sukan dengan kasut jalan saja sebab memang dua ini jelah jenis kasut yang lelaki kenal. Tapi dunia global ICT berwireless sekarang ni memang lelaki perlu ada 4 jenis kasut. Lain kasut lain fungsi. Ini sekadar tips dan nasihat. Takde paksaan. Tengok, fahamkan dan beli dekat uptown. Murah sikit. Kasut mahal-mahal tapi jarang pakai tak guna jugak. 

Kah kah kah



Tips Pilih Kaca Mata

Lain orang lain bentuk muka. Ada muka bulat, lonjong, bujur, petak, segi tiga, sfera, 3D, anime, berparut, hemisfera, kon dan banyak lagi. Kahkahkah muka tembok pun ramai.

Okay gua nak story pasal kaca mata/sunglasses atau pun orang biasa panggil 'spek'. Bentuk spek ni pun macam-macam. Jadi kena pandai la sesuaikan muka anda dengan bentuk spek anda pakai. Kalau salah pilih, nanti stok kena gelak pulak dengan member. Itu kalau member lelaki, kalau member perempuan sah-sah jadi stok kena umpat.

Sini ada tips bergambar bentuk spek dan bentuk muka yang sepadan ataupun matching bak kata omputih. Gua copy je poster ni saja nak share dengan public. Tengok poster ni dan pergi uptown, pilih spek yang betul. Kah kah kah


Messi minat ke Arsenal?

Okay mesti ramai macam terkejut baca tajuk di atas. Rasa tertipu pun ada kan? Benda ni betul. Ini kisah benar. Bukan gua reka-reka tapi memang Messi simpan hasrat nak pindah ke Arsenal. Kalau surat khabar ni menipu, surat khabar inilah penipu sebenar ye. Gua baca dan kongsikan aje.



Haa dah percaya ke belum?
Mata Messi dah ke Arsenal tu. Nasib baik Barca laju offer kontrak kalau tak memang meriah la Emirates Stadium bila Messi pakai jersi Arsenal.

Bayangkan forward Arsenal kalau Messi betul-betul join Arsenal, ada Giroud ada Sanchez ada Walcott ada Sanogo ada Campbell. Tambah pulak Cazorla, Ramsey, Ozil tengah perform. Memang sedap la gameplay Arsenal. Kah kah kah